SUKAN
Kelayakan Piala Dunia: Produk akademi Man Utd musnahkan impian Indonesia
Aksi Zidane Iqbal meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan bersama Merchas Doski ketika perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia FIFA antara Iraq dan Indonesia di King Abdullah Sport City, Jeddah, Arab Saudi, 11 Okt 2025. REUTERS
IRAQ 1 INDONESIA 0
Pemain berusia 21 tahun, Zidane Iqbal, mencari watak penting ketika Iraq meranapkan impian Indonesia ke Piala Dunia, awal pagi tadi.
Indonesia memerlukan kemenangan dalam perlawanan kelayakan di Jeddah, Arab Saudi itu namun bekas produk akademi Manchester United tersebut yang bertindak sebagai pemain gantian meleburkan hasrat itu menerusi jaringan pada minit ke-76.
Sang Garuda beraksi baik sejak sepak mula, namun gagal diterjemahkan ke dalam gawang dan akhirnya kesilapan Rizky Ridho mengundang padah apabila kesilapannya memberi ruang buat Zidane menyudahkan peluang terhidang.
Iraq kental bertahan meskipun kehilangan Zaid Tahseen yang dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan, dan penyokong Indonesia kemudian bertindak membaling botol air ke dalam padang berikutan tidak berpuas hati dengan mutu pengadil dari China.