awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry

Bernama
Bernama
03/03/2025
08:51 MYT
Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry
HERRY: Saya perlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain pelapis beregu badminton lelaki negara memerlukan kekuatan mental yang tinggi untuk 'bersinar' di pentas antarabangsa selepas menyaksikan satu demi satu gagal melangkah ke final dalam Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025 yang berakhir semalam.
Ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi berkata beliau tidak menolak kemungkinan kekurangan itu menjadi faktor pemain dihantar tidak berupaya mencontohi langkah positif pemain senior mereka.
"Saya memerlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang mereka tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding.
"Saya perlu analisis semula perkara itu kerana kemungkinan kekuatan mental mereka menurun semasa bertanding," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kem badminton menghantar enam beregu lelaki namun kesemuanya gagal melangkah ke aksi final kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$17,500 (kira-kira RM78,091).
Bagaimanapun, Malaysia tidak pulang tangan kosong selepas perseorangan profesional lelaki Aidil Sholeh Ali Sadikin menjadi wakil tunggal negara muncul juara Cabaran Antarabangsa itu.
Pemain ranking ke-68 dunia itu hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan pemain nombor 210 dunia dari India, Pranay Katta 21-19 21-15 dalam aksi final di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu lelaki negara
#pemain pelapis
#jurulatih
#Herry Iman Pierngadi
#kekuatan mental
#cabaran antarabangsa sri lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan