awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Alonso cemari kemenangan Mercedes

Astro Arena
Astro Arena
20/03/2016
10:25 MYT
Kemalangan Alonso cemari kemenangan Mercedes
Fernando Alonso melanggar tembok selepas bertembung dengan jentera pelumba Haas F1 Team, Esteban Gutierrez di Grand Prix Melbourne. - Foto AFP
Nico Rosberg berjaya menidakkan saingan rakan sepasukan yang juga juara bertahan, Lewis Hamilton dalam perlumbaan pusingan pertama saingan musim ini di Melbourne Park.
Perubahan format saingan kelayakan yang menyaksikan Rosberg sekadar menempah petak kedua perlumbaan, pelumba kelahiran Jerman ini terus mendominasi perlumbaan sejak perlumbaan bermula.
Namun, dia mendapat saingan hebat dari Hamilton dan juga pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.
Dalam kerancakan persaingan, perlumbaan terpaksa ditangguhkan buat seketika selepas berlaku kemalangan melibatkan pelumba McLaren, Fernando Alonso dan Esteban Gutierez, namun tiada sebarang kecederaan berlaku.
Perlumbaan diteruskan dengan penguasaan penuh gandingan Mercedes, di mana akhirnya Rosberg berjaya meraih kejuaraan sulung pada aksi pembukaan musim ini.
Hamilton akur dikedudukan kedua, sementara Vettel berpuas hati melengkapkan kedudukan podium.
Jika aksi terakhir musim lalu, Hamilton tamat di kedudukan kedua, dia nampaknya terpaksa akur memulakan musim ini sekali lagi di belakang rakan sepasukan, Nico Rosberg.
Sebastian Vettel memastikan Ferrari tidak tercicir dari persaingan musim ini dengan muncul pelumba ketiga terpantas di Australia.
Topic Berkaitan
#Esteban Gutierez
#Fernando Alonso
#McLaren
#Melbourne Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan