SPORTS
Kemenangan ke atas Bukit Tambun kembalikan keyakinan KDA FC

KDA FC membelasah Bukit Tambun FC dengan jaringan 5-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi. - Gambar/ KDA FC
ALOR SETAR: Kemenangan ke atas Bukit Tambun FC dalam saingan Piala FA malam tadi dilihat mampu mengembalikan keyakinan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
Ringkasan AI
- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menang besar 5-0 ke atas Bukit Tambun FC dalam perlawanan Piala FA malam tadi di Stadium Darul Aman.
- Pengendali KDA FC, Mohd Nafuzi Zain, menyatakan kemenangan itu penting untuk mengembalikan keyakinan pasukan selepas beberapa kekalahan dalam Liga Super.
- Pengendali Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud, mengakui perlawanan mencabar malam tadi memberi pengalaman berharga kepada pasukannya untuk meningkatkan fokus dan prestasi menghadapi pasukan kuat dalam saingan seterusnya.
Beliau kepada pemberita selepas perlawanan yang menyaksikan KDA FC membelasah Bukit Tambun FC dengan jaringan 5-0 di Stadium Darul Aman, di sini.
Dalam pada itu, Mohd Nafuzi turut mengingatkan pemainnya agar sentiasa bersedia dan tidak leka dalam setiap perlawanan dan mahu mereka meningkatkan prestasi serta memperbaiki kelemahan bagi mengharungi perlawanan yang semakin mencabar selepas ini.
Sementara itu, pengendali Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud menyifatkan perlawanan bertemu KDA FC malam tadi sebagai mencabar dan memberi pengalaman buat pasukannya untuk lebih fokus menghadapi pasukan kuat dalam Liga Super.
Beliau berkata dalam perlawanan malam tadi tiga jaringan di separuh masa pertama oleh pasukan tuan rumah memberi impak yang besar hingga melemahkan rentak dan semangat pemainnya.
"Bila kita ketinggalan tiga gol babak pertama...memberi impak besar buat pasukan, kita terpaksa ubah permainan kerana menahan asakan pemain Kedah.
"Semangat pasukan terganggu, tapi saya berpuas hati pemain boleh bermain sampai habis perlawanan dalam keadaaan gol demi gol Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami