SUKAN
Kemenangan Penang FC bukan 'tiket' untuk selesa - Wan Rohaimi
Wan Rohaimi berkata meskipun menang tetapi beliau masih belum berpuas hati dengan keseluruhan corak permainan dan masih banyak aspek perlu diperbaiki terutamanya dari segi penyudah. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Kejayaan Penang FC bangkit dari kemarau kekalahan dengan keputusan selesa 3-0 ke atas PDRM FC semalam, bukan tiket untuk terus berasa selesa, sebaliknya perlu berusaha lebih keras untuk memastikan keputusan positif dalam setiap perlawanan akan datang.
Ketua jurulatih Wan Rohaimi Wan Ismail berkata meskipun menang tetapi beliau masih belum berpuas hati dengan keseluruhan corak permainan dan masih banyak aspek perlu diperbaiki terutamanya dari segi penyudah.
"Kita telah mencipta banyak peluang tetapi dibazirkan dengan penyudah yang tumpul dan lemah. Kita kena ingat jika berjumpa pasukan lebih besar dan kuat daripada PDRM FC, kita tidak boleh membazirkan peluang seperti hari ini.
"Bagaimanapun selepas rentetan kekalahan sebelum ini, kemenangan hari ini diharap dapat memberikan suntikan terbaik kepada pemain untuk bangkit daripada tempoh sukar," katanya selepas perlawanan tamat di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai persiapan menentang kelab DPMM FC dari Brunei pada 23 Dis depan, Wan Rohaimi mengakui cabaran bermain di tempat lawan dan tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih namun berharap anak buahnya mendapat rehat mencukupi untuk menghadapi perlawanan penting itu.
Sementara itu, ketua jurulatih PDRM FC Eddy Gapil yang jelas kecewa dengan kekalahan pasukannya berkata apa yang dirancang ketika latihan tidak diterjemahkan dengan baik pada perlawanan sebenar.
"Saya lihat kita agak sukar untuk menterjemah apa yang kita rancang dan sudah tentu layangan kad merah terhadap Fadi Mahmoud Awad Salleh mengganggu perancangan kita," katanya.
Beliau menjelaskan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan barisan kesebelasan utama untuk menentang Selangor FC pada Selasa depan, termasuk masalah kecederaan pemain justeru beliau akan melihat pemain sesuai yang akan diturunkan kelak.
Perlawanan semalam menyaksikan skuad Harimau Kumbang menamatkan episod kekalahan apabila berjaya mengutip tiga mata yang diimpikan menerusi kemenangan 3-0, sekali gus melonjakkan kedudukan di tangga ke-10 carta Liga Super manakala PDRM FC kini berada di tempat tercorot.
-- BERNAMA