SUKAN
Kemenangan sensasi Bernice Iu isyarat jelas senaraikan DanceSport dalam Sukan SEA 2027
Kemenangan Bernice Iu membawa mesej yang jelas, Malaysia kini bersedia menjadi peneraju DanceSport di peringkat serantau. - Stadium Astro
DALAM satu kebangkitan luar biasa yang menarik perhatian seluruh Asia, atlet Malaysia, Bernice Iu Weng Tong, merangkul Pingat Emas dalam acara WDSF Adult Female Solo Latin World Ranking bersempena Kejohanan WDSF Vietnam DanceSport Festival 2025 di Ho Chi Minh City.
Ringkasan AI
Kejayaan itu bukan sahaja menandakan kemunculan semulanya di pentas tertinggi, malah turut membawa mesej yang jelas, Malaysia kini bersedia menjadi peneraju DanceSport di peringkat serantau.
Hanya beberapa minggu selepas hampir terlepas pingat dalam Kejohanan Dunia di Bremen, Jerman, Bernice berjaya mengatasi atlet dari negara-negara kuasa besar seperti China, Jepun, Korea dan tuan rumah Vietnam — kebanyakan mereka yang pernah menewaskannya di Jerman sebelum ini. Ia membuktikan ketahanan, kemahiran dan mutu bertaraf dunia milik Bernice.
Kemenangan itu menyerlahkan dominasi Malaysia yang semakin ketara dalam sukan DanceSport — sebuah sukan yang telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan dipertandingkan dalam Sukan Asia serta Sukan SEA 2019 di Filipina.
Dengan kemunculan atlet muda seperti Bernice dan Cherry (wakil utama negara dalam kategori Solo Latin Wanita), serta pasangan Ooi Ken Vin & Zoe Tan Zi Wei yang mengejutkan jaguh Filipina, ia membuktikan perkembangan pesat DanceSport di Malaysia.
Walaupun Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, masih belum ada perbincangan rasmi daripada pihak beraitan mengenai penyertaan DanceSport dalam temasya itu.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Chua Zjen Fong, berkata: "Pingat emas ini bukan sekadar kemenangan peribadi, ia adalah satu isyarat jelas bahawa atlet DanceSport Malaysia sudah bersedia. Persoalannya kini, adakah negara akan menyokong mereka?" -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Bernice Iu raih emas di WDSF Vietnam Dancesport Festival 2025: Atlet Malaysia, Bernice Iu Weng Tong, menewaskan pesaing dari China, Jepun, Korea dan Vietnam dalam acara Solo Latin Wanita Dewasa, membuktikan keunggulan bertaraf dunia.
- Malaysia muncul kuasa baharu dalam sukan DanceSport: Kejayaan Bernice dan atlet lain seperti Cherry serta pasangan Ooi Ken Vin & Zoe Tan menunjukkan perkembangan pesat Malaysia dalam sukan yang diiktiraf IOC dan dipertandingkan di Sukan Asia dan SEA.
- Seruan sokongan terhadap penyertaan Sukan SEA 2027: Walaupun Malaysia bakal menjadi tuan rumah, belum ada pengesahan rasmi penyertaan DanceSport; jurulatih kebangsaan menyeru sokongan negara terhadap atlet yang telah membuktikan kemampuan mereka.