Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SUKAN

Kemenangan sulung B-20 Wanita tewaskan Guam 2-0

Bernama 10/08/2025 | 22:40 MYT
Pemain Malaysia Thivashini Sivakumar diasak tiga pemain Guam pada perlawanan kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 20 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) negara menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 dengan kemenangan sulung selepas menundukkan Guam 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kemenangan itu mengubat kekecewaan skuad kendalian Cameron Ng yang tewas 0-3 kepada Iran dan 0-16 kepada Jepun pada dua perlawanan terdahulu.

Perlawanan bermula seimbang sebelum Kaseh Carmilla meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad negara.

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata, manakala Jepun muncul juara Kumpulan F selepas membelasah Iran 9-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu.

Hanya lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir di Thailand dari 1 hingga 18 April tahun depan.

-- BERNAMA


#Piala Asia B-20 Wanita 2026 #Guam #bola sepak wanita #Jepun