[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Kempen promosi skuad bola sepak wanita Jerman agak nakal

Ian Johan Ariff 16/05/2019 | 23:56 MYT
Promosi video pasukan wanita Jerman agak 'nakal' bagi menghantarkan mesej memperkasakan wanita. - Foto tawan skrin @DFB_Frauen
DENGAN tema memperkasakan wanita, skuad Piala Dunia wanita Jerman melancarkan sebuah video yang menarik perhatian ramai.
Dengan kenyataan seperti “Kami mewakili negara yang tidak mengetahui nama kami dan juga “kami menang gelaran dunia pertama kami dan mendapat sebuah set minum teh.”
Dan mungkin yang paling penting sekali, “Kami tidak mempunyai ‘bola’ tetapi kami tahu bagaimana untuk menggunakannya.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jerman mengesahkan 23 pemain yang akan beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 yang akan diadakan di Perancis dari 7 Jun hingga 7 Julai.
Video yang dilancarkan ditaja oleh Commerzbank dan diposkan oleh syarikat penyiaran DW Sports.
Skuad bola sepak wanita Jerman merupakan juara dunia sebanyak dua kali dan lapan kali muncul juara Eropah.
#DW Sports #FFW2019 #Jerman #Piala Dunia #Piala Dunia Wanita 2019 #skuad Piala Dunia wanita Jerman