Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
SUKAN

Kempen Sivasangari di Terbuka Hong Kong berakhir di suku akhir

Bernama 04/12/2025 | 22:10 MYT
Ini merupakan kekalahan ketujuh Sivasangari (gambar) kepada El Hammamy dalam sembilan pertemuan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy wanita negara S. Sivasangari terhenti di suku akhir Terbuka Hong Kong 2025 selepas tewas kepada pilihan utama Hania El Hammamy dari Mesir di Pusat Skuasy Hong Kong, semalam.

Pemain nombor dua dunia itu mempamerkan kelas dan ketenangan untuk menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan mudah 11-4, 11-9, 11-4 ke atas Sivasangari yang tetap berjuang.

Ini menandakan kekalahan ketujuh Sivasangari kepada El Hammamy dalam sembilan pertemuan mereka.

Kekalahan itu juga menamatkan cabaran Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas rakan senegara Aifa Azman dan Rachel Arnold disingkirkan pada pusingan kedua dan pertama masing-masing.

Sivasangari kini menduduki ranking keenam dunia, kedudukan tertinggi dalam kerjayanya setakat ini.

-- BERNAMA

#Skuasy #Terbuka Hong Kong 2025 #S Sivasangari #Hania El Hammamy