PHNOM PENH: Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhir buat atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son di temasya sukan dwitahunan itu selepas kempunan memenangi pingat emas yang amat diinginkan di sini, hari ini.
Juara dunia 2017 dalam acara jianshu itu mengakui kegagalan untuk menghadiahkan emas buat Malaysia selepas berusaha bersungguh-sungguh sepanjang lima edisi termasuk di sini, menyebabkannya mula tawar hati untuk terus bersaing di Sukan SEA.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan kegagalan pada pertandingan pertamanya sejak pandemik COVID-19 itu terbalas dengan kilauan emas di pentas temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat, masing-masing dijadual pada September dan November depan.
"Memang ada rasa tawar hati, saya bertanya diri sendiri mengapa tak dapat emas dan masih perak? Adakah itu takdir Tuhan?.
"Jika ini takdir Tuhan saya terima. Saya tidak akan berputus asa kerana tahun ini masih ada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia, harap-harap saya boleh dapatkan emas lagi di sana," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Selepas bertanding dalam lima edisi Sukan SEA bermula di Myanmar pada 2013, hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua.
Weng Son yang mengumpul keseluruhan 19.103 mata terpaksa akur tewas kepada atlet Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy yang merangkul emas dengan mengumpul 19.326 mata manakala gangsa milik Sandrex Navida Gainsan dari Filipina (18.926 mata).
"Saya tidak rasa terkilan cuma kesedihan itu memang ada kerana ini Sukan SEA kelima saya dan pingat perak keempat untuk saya, saya memang harapkan untuk dapatkan emas tapi nasib saya bukan hari ini," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancangan untuk bersara, beliau berkata perkara itu dalam pertimbangannya dan akan diputuskan selepas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia tahun ini.
Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 31 tahun, keadaan tubuhnya masih kuat untuk bertanding, namun hanya semangat menjadi perbezaan.
"Memang badan saya boleh pergi lagi tetapi saya perlu ada semangat sebab dalam situasi sekarang yang tiada pingat emas ia membuatkan saya rasa down," kata atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.
Dalam pada itu, kem wushu turut meraih satu gangsa pada hari kedua saingan menerusi Pang Pui Yee dalam acara Taolu wanita yang menggabungkan disiplin jianshu dan qiangshu selepas mengumpul mata keseluruhan 18.246.
Pingat emas disambar atlet Vietnam Duong Thuy Vi yang meraih 19.229 mata sementara perak menjadi milik Sandy Oo dari Myanmar yang mengumpul 19.086 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua. - Foto Bernama
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Jonah rangkul emas di All Comers, permulaan baik musim 2024
Atlet berusia 21 tahun mewakili Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak itu melakukan balingan sejauh 16.97 meter.
Pasukan olahraga MSSM raih lapan pingat emas di Perth
Pasukan negara diwakili oleh 12 pelajar sekolah menengah yang merupakan atlet terbaik dari seluruh negara dan tiga orang pegawai.
Nurul Izzah Izzati raih emas kedua di ACC India
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak cemerlangnya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 dengan meraih pingat emas kedua di New Delhi, India hari ini.
Yusof terus cemerlang di India
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas.
Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.