awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenal pasti pemain yang bakal digugurkan

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2013
05:00 MYT
Kenal pasti pemain yang bakal digugurkan
Pengendali skuad bola sepak senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengakui persembahan Harimau Malaya kurang agresif semasa pertemuan dengan Palestin pada Selasa.
Dengan ketiadaan beberapa pemain utama, Malaysia gagal mengekalkan momentum sebagaimana aksi dengan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman tempoh hari.
Jelas Rajagobal lagi, pemain sepatutnya mengambil peluang untuk pamerkan persembahan terbaik.
Berdasarkan aksi dengan Palestin, beliau telah dapat mengenal pasti pemain-pemain yang bakal digugurkan.
"Untuk perlawanan seterusnya, saya sudah tahu siapa pemain yang akan dipanggil dan tidak akan dipanggil.
"Ini adalah peluang buat pemain-pemain menunjukkan satu permainan yang baik. Saya lihat ada pemain-pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan", ujar pengendali berusia 56 tahun itu.
Beliau bagaimanapun memuji semangat penjaga gol muda, Ahmad Syihan Hazmi Mohamad yang menyahut cabaran sebagai benteng terakhir skuad negara di babak kedua.
Perlawanan amal di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu dimenangi Palestin dengan keputusan 2-0.
Ia disaksikan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdul El Aziz Abu Goush.
Sebelum perlawanan, Sultan Ahmad Shah menerima sumbangan berjumlah RM 910,000 untuk Tabung Lahad Datu dan Tabung Palestin.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Datuk K. Rajagobal
#Malaysia
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan