Semalam dunia sukan tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden penggunaan bahan terlarang oleh atlet negara.
Menurut laporan, tiga atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang dan salah seorang daripadanya adalah atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lepas.
Tidakkah mereka belajar daripada kes-kes doping berprofil tinggi yang melibatkan atlet Malaysia sebelum ini?
Tidakkah mereka terkesan dengan apa perlu dilalui jaguh badminton negara Datuk LeeChong Wei; juara bina badan Sazali Samad dan juga Tai Cheau Xuen, yang terpaksa melepaskan pingat emas acara wushu Sukan Asia Incheon pada 2014?
Jika disabitkan kesalahan menggunakan bahan terlarang, ia akan memberi kesan psikologi dan boleh menjejaskan prestasi atlet itu sendiri.
"Isu doping sesuatu yang sukar...saya pernah kena semasa di Kejohanan Dunia di Copenhagen," kata Chong Wei.
"Saya faham perasaan dia sekarang. Ini berita yang bukan mudah diterima...dia tentu merasa tertekan.Saya harap dia terus cekal dan tidak putus asa," kata pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu (setakat 28 Sept).
Sudah semestinya berita diterima semalam menjadi tamparan hebat kepada Malaysia, selaku tuan rumah yang mahu menjadikan temasya sukan dianjurkan negara selepas 16 tahun itu sebagai suatu kejayaan dan bebas penggunaan bahan terlarang.
Selaku tuan rumah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), mengharapkan atlet negara dapat mengulangi pencapaian mereka di temasya Sukan SEA Singapura pada 2015 di mana tiada sesiapa yang diuji positif.
Sebelum Sukan SEA berlangsung, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sudahpun melaksanakan ujian doping secara rawak terhadap atlet yang bakal menggalas cabaran negara, namun ia terpalit juga dengan insiden berulang itu.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam, mengesahkan atlet negara yang dilaporkan positif ujian doping itu meminta pemeriksaan dilakukan pada sampel B sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).
Jika didapati bersalah berdasarkan ujian sampel B yang dilakukan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) itu, pingat yang dimenangi atlet berkenaan akan ditarik balik oleh SEAGF.
Selain itu, atlet berkenaan berdepan hukuman berat iaitu digantung selama empat tahun seperti yang ditetapkan WADA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017

Jika disabitkan kesalahan menggunakan bahan terlarang, ia akan memberi kesan psikologi dan boleh menjejaskan prestasi atlet itu sendiri. - Gambar fail

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Sukan SEA: Malaysia mampu tuai lebih 50 pingat emas di Hanoi
Setakat ini 36 emas adalah sasaran yang realistik untuk dicapai.

Sukan SEA: Queenie Ting tekad perbaiki rekod kebangsaan
Atlet itu berkata beliau perlu mengekalkan konsistensi dan teknik lemparan terbaik pada temasya dwitahunan itu yang dijadual pada 12 hingga 23 Mei ini.

Rayzam Shah tekad rampas balik emas di Hanoi
Jaguh 110 meter lari berpagar itu berazam untuk tampil lebih bertenaga bagi memastikan pingat emas kembali menjadi miliknya.

Atlet perlu patuh surat aku janji - Presiden KOM
SM Muthu menegaskan, sebarang ketidakpuasan hati dan permasalahan dengan KOM tidak seharusnya dibangkitkan menerusi saluran tidak sah.

Sukan SEA: 612 atlet bawa cabaran Malaysia di Hanoi
Semalam juga merupakan tarikh akhir penamaan atlet bagi persatuan sukan dan masing-masing telah memuktamadkan atlet mereka.

Reezal Merican sedia bantu Mun Yee tubuh akademi sukan terjun
Mun Yee ada berkongsi dengannya mengenai matlamat menubuhkan akademi sendiri untuk terus memartabatkan sukan terjun di Malaysia.

Mohammad Rifdean mara ke final Kejohanan Muay Thai Dunia 2021
Atlet Muay Thai Malaysia, Mohammad Rifdean Masdor menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di sini pada Jumaat.

KBS komited bantu atlet harungi jadual padat 2022
Meskipun temasya sukan akan berlangsung dalam jurang waktu yang singkat namun, prestasi atlet dijangka kekal berada pada tahap sama.

Paralimpik: Misi atlet 'luar biasa' atasi pencapaian Rio bermula esok
Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara.

Paralimpik Tokyo: Tugas bawa Jalur Gemilang suntik motivasi Bonnie
Bonnie berkata tanggungjawab diberikan kepadanya itu adalah penghormatan besar baginya walaupun bakal membuat kemunculan pertama pada temasya sukan itu.