awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa Liverpool perlukan Mohamed Salah?

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
23/06/2017
13:55 MYT
Kenapa Liverpool perlukan Mohamed Salah?
Dalam pasaran bola sepak, penyerang Mesir berusia 25 tahun itu dianggar bernilai £29.75 juta pound berdasarkan laman web Transfer Market UK. - Gambar fail
Mohamed Salah adalah sasaran utama pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada pintu perpindahan pemain bola sepak Eropah ini.
Pemain Roma itu dikatakan mahu ke Liverpool dan dengan nilai perpindahan £35 juta pound termasuk bayaran lain berdasarkan persembahan dan lain-lain lagi.
Dalam pasaran bola sepak, penyerang Mesir berusia 25 tahun itu dianggar bernilai £29.75 juta pound berdasarkan laman web Transfer Market UK.
Roma bagaimanapun mahu bayaran sekitar £40 juta untuk bekas pemain Chelsea itu dan dilihat tidak mahu berganjak dari permintaan tersebut.
Bagaimanapun Roma juga perlukan dana dan perlu menjual mana-mana pemain dalam masa terdekat untuk mengimbangi akaun kelab itu sebelum hujung bulan ini.
Media antarabangsa menjangkakan bayaran £35 juta pound dengan nilai tambah lain dipersetujui kedua-dua pihak.
Adakah jumlah tersebut nilai yang sepatutnya dibayar untuk Mohamed Salah?
Kita tengok antara lima statistik penting pemain itu jika dibandingkan dengan pemain sayap kanan Liverpool seperti Sadio Mane dan pemain yang digeruni di liga Inggeris, Eden Hazard.
INFOGRAFIK: Astro AWANI
INFOGRAFIK: Astro AWANI
Hantaran Penting:
Selain daripada kebolehan menjaringkan gol (15 gol dalam Serie A musim lepas), Salah adalah penting kepada Liverpool kerana Salah membuat 2.18 hantaran penting bagi setiap 90 minit.
Ini lebih baik berbanding Mane yang hanya membuat 1.53 dan statistik Salah juga hampir dengan pemain Chelsea, Eden Hazard.
Hantaran ini penting untuk meningkat peluang pemain Liverpool seperti Roberto Firmino, Philippe Coutinho dan mungkin juga Gini Wijnaldum untuk menjaringkan gol.
Peluang Dicipta:
Salah juga mengatasi Mane dari segi peluang yang dicipta dan statistik juga menunjukkan ia tidak begitu jauh berbanding Hazard.
Pemain Mesir itu mencipta 2.58 peluang bagi setiap 90 minit manakala Mane 1.73 dan Hazard hanya 0.10 lebih tinggi berbanding Salah.
Gol dan bantuan gol:
Liverpool antara pasukan liga Inggeris yang mencatat jaringan gol yang tinggi dan penyertaan Salah dapat meningkatkan lagi kekuatan jentera serangan Liverpool.
Salah dan Mane mencatat 0.48 bagi jaringan gol iaitu lebih tinggi berbanding Hazard (0.44).
Dari segi bantuan gol yang dibuat, Salah adalah pemenang antara Mane dan Hazard kerana mencatat 0.40 berbanding Mane (0.20) dan Hazard (0.15).
Salah satu data yang penting mengenai Salah juga adalah kebolehannya membuat pemintasan hantaran pihak lawan, satu kriteria yang penting bagi pemain Liverpool dibawah kendalian Klopp.
Walaupun Salah hanya mencipta 0.40 bagi pemintasan berbanding 0.84 oleh Hazard, data itu lebih tinggi berbanding Mane di Liverpool.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liverpool
#Mohamed Salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan