SUKAN

Kenapa pegawai VAR pakai macam pengadil?

Agensi 16/06/2018 | 05:30 MYT
Pegawai VAR berpakaian lengkap seperti pengadil biarpun berada di dua lokasi yang dibezakan jarak lebih 1,000 kilometer. - Twitter Nooruddean
Video bantuan pengadil (VAR) buat kali pertama digunakan dalam Piala Dunia Rusia 2018.

Beberapa keping gambar pegawai pengendali VAR yang lengkap berpakaian seperti pengadil menjadi perbualan pengguna laman sosial selepas imej tersebut dirakam sebelum perlawanan antara Mesir dan Uruguay, pada Jumaat.

Enam pegawai dilihat berpakaian lengkap seperti pengadil di atas padang, biarpun mereka berada di bilik kawalan yang terletak di Moscow, manakala perlawanan berlangsung di Ekaterinburg.

Dua lokasi itu dibezakan jarak kira-kira 1,000 kilometer.

Rata-rata netizen merasakan situasi itu sedikit kelakar.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun bekas pengadil bola sepak terbaik dunia, Pierluigi Collina, memaklumkan kod pemakaian tersebut dibuat atas sebab-sebab tertentu.

Antaranya adalah untuk mengelakkan pegawai-pegawai terbabit berpeluh.

"Para pegawai ini sedang melakukan tugas yang penting, ia satu tugas mendebarkan. Biarpun mereka berada dalam bilik yang berhawa dingin tetapi mereka bukan seperti penonton yang menonton televisyen di rumah sambil minum kopi," kata Collina.

Ketua Pengadil FIFA, Massimo Busacca, pula berpendapat, pakaian sedemikian adalah simbol tugas penting yang digalas mereka.

"Pakaian itu akan menyedarkan mereka yang mereka juga pengadil, yang akan menjadi sebahagian daripada penentu keputusan perlawanan," kata Busacca.

#bola sepak #FIFA #laman sosial #Moscow #Piala Dunia #Rusia #VAR #video #Video Bantuan Pengadil