awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real

Astro Arena
Astro Arena
25/10/2021
00:12 MYT
Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real
Penyokong kelab itu mengerumuni kereta Koeman ketika dia meninggalkan stadium. - Astro ARENA
BARCELONA mengecam tindakan penyokong yang mengerumuni kereta ketua jurulatih, Ronald Koeman, ketika dia meninggalkan Camp Nou berikutan kekalahan 2-1 kepada Real Madrid dalam Clasico pertama musim ini.
Jaringan daripada David Alaba dan Lucas Vazquez membenarkan Real mendahului sebelum jaringan Sergio Aguero dalam masa kecederaan tidak mencukupi buat Barca yang meratapi kekalahan El Clasico yang keempat berturut-turut -- tiga daripadanya di bawah kendalian Koeman.
Ketika Barca di tangga kesembilan LaLiga dan ketiga dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), tekanan mula menggunung buat Koeman selepas penyokong mula tidak senang tidak persembahan kurang cemerlang daripada pasukan mereka.
Kekalahan tersebut mencetus insiden kurang senang apabila penyokong kelab itu mengerumuni kereta Koeman ketika dia meninggalkan stadium.
Barca mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan itu dan berikrar untuk meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.
"FC Barcelona secara terbuka mengecam tindakan ganas dan penghinaan yang dialami pengurus kami ketika meninggalkan Camp Nou," kata kenyataan itu.
"Kelab akan mengambil langkah keselamatan dan tatatertib supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi." Barcelona berkunjung ke Rayo Vallecano Rabu ini dan berharap untuk kembali bangkit melakar kemenangan.
I think we did enough to get a different result. @RonaldKoeman reacts to #ElClásico pic.twitter.com/oltnyYMmFu
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 24, 2021
Topic Berkaitan
#Ronald Koeman
#barcelona
#Real Madrid
#Clasico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan