Kepa Arrizabalaga selamatkan maruah Chelsea

Astro Arena
Oktober 20, 2022 01:10 MYT
Aksi Kepa Arrizabalaga selepas tamat perlawanan EPL antara Brentford dan Chelsea, di stadium Gtech Community, London, England, 19 Okt 2022. - Foto AP
BRENTFORD 0 CHELSEA 0
Kepa Arrizabalaga menikmati kepercayaan yang diberikan Graham Potter terhadapnya selepas mempamerkan satu lagi aksi cemerlang ketika Chelsea seri 0-0 berkunjung ke Brentford, awal pagi tadi.
Walaupun Chelsea kehilangan mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama di bawah bimbingan Potter selepas bergelut untuk mencipta peluang, mereka patut berterima kasih kepada Kepa kerana memastikan rekod tanpa kalah mereka di bawah bekas pengurus Brighton & Hove Albion itu dipertahankan.
Kepa menyelamatkan lima berbahaya -– tiga daripadanya untuk menafikan percubaan Ivan Toney -– untuk The Blues mengekalkan rekod bersih kelima berturut-turut.
Pemain Sepanyol itu telah diberi nafas baru dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan menikmati permainannya.
"Saya berasa sangat cergas, saya berasa yakin dengan dan tanpa bola. Saya dapat menyumbang apabila mereka memerlukan khidmat saya, jadi saya gembira," katanya kepada Amazon Prime.
“Sudah tentu, setiap pemain memerlukan keyakinan, dorongan ini, dan saya fikir untuk penjaga gol ia lebih penting apabila anda mempunyai kesinambungan.

Brentford 0-0 Chelsea Chelsea have now gone 533 minutes without conceding a goal but they are held to a point by the Bees pic.twitter.com/kxbyc7nRml

— The Analyst (@OptaAnalyst) October 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bagi seseorang penjaga gol, perlawanan tidak sama seperti latihan. Saya perlu teruskan rentak, saya perlu teruskan usaha.
"Kami tidak gembira kerana saya fikir mereka mempunyai peluang, begitu juga dengan kami. Dalam 15 minit terakhir kami mengasak kubu mereka. Perasaan kami seperti kami keciciran dua mata."
#Chelsea #EPL #Kepa Arrizabalaga #bola sepak