KUALA LUMPUR: Kepimpinan baharu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berjanji akan menyelesaikan kemelut persatuan itu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dengan secepat mungkin.
Datuk Mohd Sumali Reduan yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PSM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), pada Sabtu berkata pihaknya akan terlebih dahulu bertemu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof sebelum mengadakan rundingan bersama ASTAF.
Selepas itu, beliau berkata barisan kepimpinan baharu PSM itu akan berbincang dengan Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader dan ahli jawatankuasa badan sepak takraw Asia itu secepat mungkin untuk menyertai semula badan induk itu.
Pada 20 Mei tahun lepas, PSM disingkirkan ASTAF daripada menjadi ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta selepas didapati bersalah susulan tindakan bekas Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail, sebagai Timbalan Presiden ASTAF, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat digantung selama 17 tahun sejak 6 Mei tahun lepas sebelum melepaskan jawatan Presiden PSM pada 5 Jun 2021 selepas menerajui tampuk kepimpinan persatuan itu sejak 2002.
Mohd Sumali berkata beliau berharap dapat memulihkan kembali nama baik PSM serta mengembalikan hubungan baik bersama ASTAF.
"Kami juga berharap dapat melihat sukan sepak takraw ini lebih maju dan dapat meningkatkan kualiti pemain di negara kita," katanya pada sidang media selepas AGM berkenaan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Sumali berkata perancangan lain serta hala tuju PSM bagi tahun ini akan dibincangkan pada mesyuarat ahli jawatankuasa tertingginya pada minggu hadapan.
Beliau juga menegaskan PSM akan menampilkan imej baharu tanpa bayangan Tok Mat.
"Tiada lagi apa-apa bayangan Tok Mat, yang ada bukan bayangan beliau, tetapi adalah bayangan sukan sepak takraw Malaysia," tambahnya.
Senarai kepimpinan terbaharu PSM:
Presiden: Datuk Mohd Sumali Reduan
Timbalan Presiden: Datuk Abdul Halim Suleiman dan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Naib Presiden: Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Datuk Awang Sham Amit dan Datuk Abu Jimi
Samat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022
Sumali berkata barisan kepimpinan baharu PSM akan berbincang dengan ASTAF secepat mungkin untuk menyertai semula badan induk itu. -Foto fail/Sinar Harian
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak, PSM buat siasatan dalaman
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM harus peka, ambil iktibar insiden padang rosak
PSM perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.
PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
ISTAF terima kembali PSM
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diterima semula sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuat kuasa 15 Julai lepas.