Kepulangan Harimau Malaya disambut meriah

Nickyson Nyambar
Januari 26, 2024 14:59 MYT
Skuad Harimau Malaya menamatkan saingan Piala Asia apabila memperolehi satu mata selepas seri dengan Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan E pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perkarangan Balai Ketibaan KLIA meriah dengan kehadiran orang ramai yang bangga dengan kesungguhan skuad negara di Qatar.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya selamat tiba di tanah air sekitar jam 9 malam pada Jumaat.
Ketibaan wira kebanggaan negara termasuk jurulatih Kim Pan Gon disambut orang ramai yang memenuhi perkarangan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Rakaman video yang dikongsikan EraFM di laman media sosial X menunjukkan orang ramai bersorak apabila melihat skuad negara negara keluar dari balai tersebut.

Coach Kim Pan Gon bersama pemain kebangsaan Skuad Harimau Malaya telah tiba di KLIA. Selamat pulang ke tanah air Kami semua menanti ketibaan wira kebanggan kami! Terima kasih telah berjuang di Qatar #sharERA #ERARadioNombor1PalingLegit pic.twitter.com/ylhQQGvfiY

— ERA - Muzik Hit Terkini (@ERAdotje) January 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Harimau Malaya menamatkan saingan Piala Asia apabila memperolehi satu mata selepas seri dengan Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan E pada Khamis.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan semangat luar biasa apabila berjaya bangkit selepas ketinggalan dua kali untuk seri 3-3 dengan pasukan gergasi Asia.
Keputusan seri ini bermakna Malaysia berjaya pulang dengan satu mata berharga dalam saingan Piala Asia, sekali gus berpeluang memperbaiki ranking.
#harimau Malaya #skuad kebangsaan #kepulangan #saingan Piala Asia