SUKAN
Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM
Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu serta konfederasi berkaitan supaya menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya di peringkat domestik dan benua dengan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Ringkasan AI
Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
"Dilampirkan adalah maklum balas daripada FIFA berkenaan keputusan CAS untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta," menurut hantaran itu.
Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan terbabit yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan mereka diterima.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FIFA menangguhkan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
- FAM menerima maklum balas daripada FIFA berkenaan penangguhan yang melibatkan pemain seperti Facundo Garces dan Joao Figueiredo.
- Keputusan CAS membenarkan pemain-pemain tersebut untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan diterima.