SUKAN
'Keputusan penaja teruskan-hentikan kerjasama dengan FAM diketahui selepas keputusan CAS'
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengadakan sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas di Wisma FAM Kelana Jaya, hari ini. - Foto Bernama
PEMANGKU Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, hari ini menyatakan keputusan sama ada beberapa penaja akan meneruskan kerjasama atau sebaliknya akan diketahui selepas keputusan akhir kes pemalsuan dokumen di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Ringkasan AI
Wartawan Astro Arena, Ainul Abd Roud, berkongsikan: "Keputusan daripada beberapa pihak penaja sama ada mahu teruskan atau hentikan kerjasama dengan FAM akan diketahui selepas keputusan terakhir kes di CAS.' - Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Pemangku Presiden FAM" katanya dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Untuk rekod, badan induk bola sepak negara itu telah mengemukakan rayuan kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan hukuman penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Pemain terbabit turut didenda CHF 2,000 (RM10,411) setiap seorang, manakala FAM pula dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).
Setakat ini Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman tambahan tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya -babitkan perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde, Singapura dan Palestin- diisytiharkan sebagai kalah 3-0, selain denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414). -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Keputusan sama ada penaja akan meneruskan atau menghentikan kerjasama dengan FAM akan ditentukan selepas keputusan kes pemalsuan dokumen di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
- FAM telah mengemukakan rayuan kepada CAS berhubung hukuman 12 bulan dan denda yang dikenakan oleh FIFA kepada tujuh pemain warisan atas dakwaan pemalsuan dokumen.
- Jawatankuasa Tatatertib FIFA menetapkan hukuman tambahan tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya, termasuk perlawanan persahabatan dengan Cape Verde, Singapura, dan Palestin, diisytiharkan kalah 3-0, serta denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).