SUKAN
Keputusan rayuan FAM dijangka diketahui 30 Okt - Peguam
Peguam mewakili FAM, Serge Vittoz ketika sidang media berkenaan perkembangan terkini status tujuh pemain bola sepak kebangsaan Malaysia di Wisma FAM hari ini. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka akan diketahui pada 30 Okt ini.
Ringkasan AI
Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, mewakili FAM dalam kes rayuan tersebut.
"Keputusan asal dikeluarkan pada 26 Sept. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, kami sudah mengemukakan rayuan rasmi pada 14 Okt.
"Hari ini kami dimaklumkan bahawa keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 30 Okt oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA . Kemungkinan besar ia akan dimaklumkan kepada semua pihak terbabit pada hari sama atau beberapa hari kemudian,"katanya dalam sidang media khas di Wisma FAM di sini hari ini.
Vittoz, dari firma Charles Russell Speechlys yang berpusat di Geneva dan London, berkata FAM masih mempunyai pilihan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.
"Selepas keputusan daripada Jawatankuasa Rayuan ini, jika FAM atau pemain yang terbabit tidak berpuas hati, mereka masih boleh mengemukakan rayuan ke CAS yang akan masa lebih lama untuk diselesaikan," katanya.
Menurut Vittoz, tujuan utama rayuan itu adalah untuk melindungi pemain dan membuktikan bahawa FAM tidak terlibat dalam sebarang pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan pemain warisan terbabit.
"Objektif utama FAM dalam rayuan ini adalah untuk melindungi pemain dan memastikan FIFA memahami bahawa para pemain tidak ada kaitan dengan isu ini.
"Objektif kedua ialah memastikan FIFA faham bahawa sebagai institusi, FAM tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam pemalsuan dokumen yang menjadi asas pertuduhan," tegasnya.
Bulan lalu, FAM dan tujuh pemain naturalisasi -- Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel -- dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh notis keputusan dikeluarkan pada 6 Okt.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keputusan rayuan FAM terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan oleh FIFA dijangka diumumkan pada 30 Oktober.
- Peguam FAM Serge Vittoz berkata jika rayuan ditolak, kes boleh dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
- FAM menegaskan rayuan dibuat bagi melindungi pemain dan menafikan penglibatan dalam pemalsuan dokumen seperti didakwa FIFA.
Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, mewakili FAM dalam kes rayuan tersebut.
"Keputusan asal dikeluarkan pada 26 Sept. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, kami sudah mengemukakan rayuan rasmi pada 14 Okt.
"Hari ini kami dimaklumkan bahawa keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 30 Okt oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA . Kemungkinan besar ia akan dimaklumkan kepada semua pihak terbabit pada hari sama atau beberapa hari kemudian,"katanya dalam sidang media khas di Wisma FAM di sini hari ini.
Vittoz, dari firma Charles Russell Speechlys yang berpusat di Geneva dan London, berkata FAM masih mempunyai pilihan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.
"Selepas keputusan daripada Jawatankuasa Rayuan ini, jika FAM atau pemain yang terbabit tidak berpuas hati, mereka masih boleh mengemukakan rayuan ke CAS yang akan masa lebih lama untuk diselesaikan," katanya.
Menurut Vittoz, tujuan utama rayuan itu adalah untuk melindungi pemain dan membuktikan bahawa FAM tidak terlibat dalam sebarang pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan pemain warisan terbabit.
"Objektif utama FAM dalam rayuan ini adalah untuk melindungi pemain dan memastikan FIFA memahami bahawa para pemain tidak ada kaitan dengan isu ini.
"Objektif kedua ialah memastikan FIFA faham bahawa sebagai institusi, FAM tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam pemalsuan dokumen yang menjadi asas pertuduhan," tegasnya.
Bulan lalu, FAM dan tujuh pemain naturalisasi -- Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel -- dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh notis keputusan dikeluarkan pada 6 Okt.
-- BERNAMA

#keputusan rayuan
#Persatuan Bolasepak Malaysia FAM
#hukuman denda FIFA
#pemain warisan Harimau Malaya
#Serge Vittoz