awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim

Bernama
Bernama
11/05/2024
09:00 MYT
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Daniel berharap Faisal dapat pulih dalam masa terdekat dan mampu beraksi semula di atas padang. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi kepada bapa Faisal, Abdul Halim Saad, 60, dalam satu sesi pertemuan di kampung kelahiran pemain itu di Mengkuang Titi, di sini.
Daniel berkata sumbangan berjumlah RM3,000 itu adalah daripada peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia, Sukan dan Kesihatan yang diberikan sebagai tanda sokongan kepada Faisal yang ditimpa musibah.
"Insiden tersebut sememangnya merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak tanah air dan kita berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab tidak terlepas.
"Abang Halim (bapa Faisal) menyatakan kepada saya bahawa anaknya dalam keadaan yang baik dan bersemangat meski pun sedang berdepan dengan dugaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hadir sama pada pertemuan itu adalah Pengarah Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merangkap Ahli Lembaga Penang FC Mohd Faidrol Mohd Radzi.
Daniel turut berharap Faisal dapat pulih dalam masa terdekat dan mampu beraksi semula di atas padang.
Pada 5 Mei lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan dia sudah menjalani tiga pembedahan setakat semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Selangor FC
#disimbah asid
#bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan