Kerajaan sedang teliti bangunkan sukan udara dalam negara

Bernama
September 8, 2023 11:38 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo (lima, kanan) ketika hadir membuat lawatan ke Selangor Aviation Show (SAS) 2023 di Skypark Regional Aviation Centre (RAC) Bukit Jelutong, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang meneliti dan berbincang bersama komuniti sukan udara bagi melihat potensi serta pendekatan yang boleh diambil sebelum membangunkan sukan itu di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pihaknya akan mengadakan beberapa sesi dialog bersama komuniti sukan tersebut bagi mendengar cabaran dan hasrat mereka, selain, menyelaraskan semua garis panduan serta keperluan pihak berwajib.
Menurutnya, sukan udara merupakan satu jenis sukan baharu di negara ini dan akan melihat kaedah pembangunan dengan sokongan kerajaan persekutuan dan negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pameran Penerbangan Selangor 2023 (SAS 2023) di sini, hari ini.
Katanya, KBS bulan lepas telah meluluskan permohonan Persatuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) untuk memiliki pusat latihan tetap di MRANTI Park, Bukit Jalil.
-- BERNAMA
#KBS #sukan udara #Kementerian Belia dan Sukan #Hannah Yeoh