SPORTS

Kereta F1 dipandu Schumacher dijual hampir US$18.19 juta di Monaco

Bernama 26/05/2025 | 12:00 MYT
Kereta itu dibeli oleh seorang tetamu VIP semasa perlumbaan GP Monaco 2025, yang menyaksikan Lando Norris muncul juara. - Gambar/ IG - michaelschumacher
BERLIN: Sebuah jentera Ferrari yang dipandu Michael Schumacher dalam usahanya meraih kejuaraan Formula Satu (F1) 2001 telah dilelong pada harga hampir EUR16 juta (US$18.19 juta) di luar perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Sebuah jentera Ferrari yang dipandu Michael Schumacher semasa memenangi GP Monaco 2001 telah dilelong pada harga hampir "16 juta (US$18.19 juta), menjadikannya Ferrari F1 termahal pernah dijual.
  • Kereta itu dibeli oleh seorang tetamu VIP semasa perlumbaan GP Monaco 2025, yang menyaksikan Lando Norris muncul juara.
  • Rekod harga tertinggi bagi kereta F1 masih dipegang oleh Mercedes W196 era 1950-an, yang pernah dipandu Juan Manuel Fangio dan Stirling Moss, dilelong melebihi US$52 juta.


Menurut agensi lelongan RM Sotheby's, kereta itu berjaya mencatatkan bidaan tertinggi iaitu EUR15.98 juta termasuk yuran. Akhbar The New York Times melaporkan harga permulaan kereta itu ialah EUR8 juta.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa kereta berkenaan dibeli oleh seorang daripada tetamu di kawasan VIP di litar perlumbaan, yang menyaksikan Lando Norris muncul juara.

Dengan jentera itu, Schumacher yang juga juara dunia tujuh kali, memenangi perlumbaan di GP Monaco pada 2001.

Menurut laporan The New York Times, ia merupakan harga tertinggi yang pernah dibayar bagi sebuah jentera F1 Ferrari.

Rekod harga tertinggi pernah dicapai bagi sebuah kereta F1 dipegang oleh Mercedes W196 yang pernah dipandu Juan Manuel Fangio dan Stirling Moss pada era 1950-an. Kenderaan itu dilelong tahun ini pada harga melebihi US$52 juta.

Schumacher bersara selepas musim 2006 sebelum kembali bersama Mercedes pada 2010 dan menamatkan kerjayanya secara rasmi pada 2012.

-- BERNAMA




#F1 #Ferrari #Michael Schumacher #lelong