SUKAN
Ketepikan gol pemain Indonesia, Anugerah Puskas 2025 milik Santiago Montiel
Aksi Montiel ketika menjaringkan gol pada perlawanan Argentinian Liga Profesional de Fútbol antara CA Independiente dan Independiente Rivadavia, di Estadio Libertadores de América, Avellaneda, Buenos Aires, 11 Mei 2025. - Foto Astro ARENA
PEMAIN pertahanan kelahiran Argentina, Santiago Montiel, mencipta sensasi apabila jaringannya ketika melakukan tendangan akrobatik memacu dirinya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.
Pemain berusia 25 tahun yang beraksi buat pasukan CA Independiente itu melakukan tendangan gunting itu daripada luar kotak penalti ketika berdepan Independiente Rivadavia dalam saingan Liga utama Argentina pada Mei lalu.
Kemenangan itu menjadikan dia sebagai pemain ketiga dari Argentina selepas Erik Lamela dan Alejandro Garnacho yang mengungguli anugerah itu.
Dia antara 10 pemain yang tercalon dalam anugerah itu bersama pemain bintang seperti Declan Rice (Arsenal), Lamine Yamal (Barcelona) dan tidak ketinggalan pemain Indonesia, Rizky Ridho, (Persija Jakarta).