awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jurulatih puji aksi mantap pemain TFC hingga layak ke suku akhir Piala FA

Bernama
Bernama
14/09/2025
01:40 MYT
Ketua jurulatih puji aksi mantap pemain TFC hingga layak ke suku akhir Piala FA
TFC (gambar) melangkah ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-2 selepas menewaskan Imigresen FC 3-0 hasil jaringan Muhammad Akhyar Rashid (dua gol) dan Junior Sam Ngong (satu gol). - Foto Facebook TFC
KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali memuji anak buahnya kerana menampilkan persembahan mantap sehingga berjaya mara ke suku akhir Piala FA musim ini malam tadi.
Pengendali berusia 49 tahun itu berkata para pemain menunjukkan disiplin tinggi serta semangat untuk menang sejak awal permainan hingga wisel penamat dibunyikan.
Faktor itu, katanya, membolehkan Skuad Penyu menguasai perlawanan dan mendominasi Imigresen FC dari awal hingga akhir sekali gus meraih tiga jaringan tanpa bolos.
"Saya ucap syukur dan tahniah kepada pemain yang berjuang untuk kemenangan. Mereka telah menunjukkan aksi baik dari minit pertama hingga akhir bagi memburu gol.
"Walaupun kita ketinggalan 1-2 pada aksi pertama Pusingan 16 lalu, saya berpuas hati kerana kita bangkit malam ini (malam tadi) untuk mencipta kemenangan, sekali gus layak ke suku akhir Piala FA," katanya selepas perlawanan kedua Pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (di sini malam tadi.
TFC melangkah ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-2 selepas menewaskan Imigresen FC 3-0 hasil jaringan Muhammad Akhyar Rashid (dua gol) dan Junior Sam Ngong (satu gol).
Sementara itu, pengendali Imigresen FC Yusri Che Lah berkata kelekaan anak buahnya yang memberi terlalu banyak ruang kepada TFC untuk mengasak menjadi punca mereka tersingkir awal daripada kejohanan.
Selain itu, masalah kecederaan yang membelenggu beberapa pemain utama turut menjejaskan perancangan pasukan.
"Selain masalah keserasian, isu bahasa atau komunikasi juga sedikit sebanyak menjejaskan permainan. Tiga pemain import dari Brazil dan seorang dari Thailand tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
"Perkara ini nampak kecil tetapi sebenarnya memberi kesan besar kerana banyak arahan tidak dapat difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, saya tidak salahkan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#badrul afzan razali
#Piala FA
#Imigresen FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan