awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan positif COVID-19

Bernama
Bernama
18/05/2021
07:54 MYT
Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan positif COVID-19
Mohd Manshahar bersama seorang anak lelakinya kini menjalani proses kuarantin di rumah selama 14 hari.
KUALA LUMPUR: Kem skuad olahraga kebangsaan menerima perkhabaran sedih, selepas ketua jurulatihnya Mohd Manshahar Abdul Jalil dan dua ahli keluarganya didapati positif COVID-19.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S.M. Muthu berkata, Mohd Manshahar bersama seorang anak lelakinya kini menjalani proses kuarantin di rumah selama 14 hari, selepas disahkan dijangkiti wabak tersebut pada Sabtu lepas.
"Saya berhubung menerusi WhatsApp dan beliau memberitahu keadaannya baik serta tidak menghadapi sebarang masalah, tahap jangkitannya juga rendah. Kita harap dan doakan beliau segera sembuh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muthu berkata terdahulu Mohd Manshahar yang mengalami demam panas telah berjumpa doktor pada Rabu lepas, sebelum melakukan ujian saringan COVID-19 pada Sabtu, apabila demamnya tidak beransur pulih.
Menurut Muthu, ketika ini hampir semua atlet olahraga di bawah Program Podium masih menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) secara 'dalam kuarantin' kecuali atlet lompat kijang Muhammad Hakimi Ismail, Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Iskandar Alwi (lompat bergalah).
Katanya, barisan atlet pelapis pula berada di rumah masing-masing dan dijadualkan kembali ke MSN pada 16 Jun depan.
Muthu berkata, atlet olahraga negara telah menjalani ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) dan kesemuanya didapati negatif.
Sementara itu, isteri Mohd Manshahar, Herina Wong Abdullah semalam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, demikian menurut catatan di Instagram rasmi anak perempuannya penyanyi Nur Nadia Natasha, 28, atau lebih dikenali sebagai Tasha Manshahar.
"Ayah nampaknya semakin baik Alhamdulillah. 'Mummy' je la. Paru-paru mummy ada jangkitan, tahap oksigen dalam badan pun tidak baik. Oleh itu, doktor kena 'tidurkan' dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan kembali stabil," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#olahraga
#skuad olahraga kebangsaan
#ketua jurulatih
#mohd manshahar abdul jalil
#positif COVID-19
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan