awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua pengadil PSM didakwa langgar perlembagaan, kod etika ASTAF

Bernama
Bernama
09/08/2023
13:05 MYT
Ketua pengadil PSM didakwa langgar perlembagaan, kod etika ASTAF
Fadzil Hashim didakwa melakukan lima kesalahan melanggar Perlembagaan dan kod etika Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
KUALA LUMPUR: Ketua Pengadil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Fadzil Hashim didakwa melakukan lima kesalahan melanggar Perlembagaan dan kod etika Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
Berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan ASTAF bertarikh semalam, bagi kesalahan pertama, Fadzil didakwa menugaskan pengadil yang tidak biasa dengan undang-undang permainan kerana tiada ulang kaji pengadil dilakukan sebelum kejohanan kebangsaan berlangsung.
Bagi kesalahan kedua, beliau didakwa tidak menghormati pengadil ASTAF yang ditugaskan sebagai pengadil garisan sementara pengadil bukan ASTAF diberikan tanggungjawab sebagai pengadil utama.
Fadzil turut didakwa gagal mengikuti prosedur Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF apabila keputusan berhubung Panggilan Cabaran diberikan kepada juri.
"Keempat, melarang pengadil ASTAF menggunakan dan memakai lencana ASTAF dan/atau ISTAF semasa berkhidmat di pertandingan peringkat kebangsaan.
"Anda (Fadzil) juga tidak memakai lencana ISTAF sejak hari pertama Liga Sepak Takraw (STL) dari minggu pertama (26 hingga 28 Mei 2023) hingga minggu kelapan (20 hingga 23 Julai 2023) dan 5 Ogos 2023," menurut surat itu.
Justeru, ASTAF meminta Fadzil menjawab secara bertulis kesemua dakwaan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini dan sekiranya gagal berbuat demikian, beliau bakal berdepan tindakan tatatertib.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua pengadil
#sepak takraw
#PSM
#Astaf
#Fadzil Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan