awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyakinan tinggi iringi Harimau Malaya menjelang aksi menentang Nepal di Bukit Jalil

Bernama
Bernama
28/10/2025
15:30 MYT
Keyakinan tinggi iringi Harimau Malaya menjelang aksi menentang Nepal di Bukit Jalil
Ketika ini, Malaysia kekal menerajui carta dengan 12 mata, diikuti Vietnam (9 mata), Laos (3 mata) dan Nepal tercorot tanpa sebarang mata. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya bakal turun dengan keyakinan tinggi apabila menentang Nepal dalam aksi kelima Kumpulan F pusingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 18 Nov depan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi skuad kebangsaan, Malaysia National Team (Malaysia NT), hari ini.
Pasukan bimbingan Peter Cklamovski kini selesa mendahului kumpulan dengan rekod sempurna selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut, termasuk menewaskan pencabar terdekat, Vietnam 4-0 di gelanggang sama pada Jun lepas.
Malaysia sebelum ini turut mengatasi Nepal 2-0 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Mac lepas.
Anak buah Cklamovski akan menutup saingan peringkat kumpulan dengan aksi timbal balik menentang Vietnam di tempat lawan pada Mac tahun depan -- perlawanan yang dijangka menjadi penentu kedudukan akhir kumpulan.
Ketika ini, Malaysia kekal menerajui carta dengan 12 mata, diikuti Vietnam (9 mata), Laos (3 mata) dan Nepal tercorot tanpa sebarang mata.
Hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung di Arab Saudi bermula Januari 2027.
Sebelum ini media tempatan melaporkan venue pertandingan di Nepal tidak mendapat kelulusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menganjurkan perlawanan 18 Nov ini.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan komitmen berterusan untuk memperkukuh hubungan strategik bersama jenama sukan antarabangsa yang juga penaja rasmi pakaian skuad Harimau Malaya, Puma.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kerjasama erat antara FAM dan Puma akan diteruskan melalui perancangan jangka panjang yang memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan, penyokong serta keseluruhan ekosistem bola sepak negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#FAM
#harimau Malaya
#pasukan kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan