[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SPORTS

Khabar angin Selangor buru adik bintang AC Milan tular di Indonesia

Astro Arena 22/04/2025 | 05:40 MYT
Eliano Reijnders merupakan pemain warisan baharu Indonesia sejak Oktober 2024. - Stadium Astro
KHABAR angin mengenai Selangor yang dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain muda PEC Zwolle, Eliano Reijnders, bagi menghadapi musim 2025/26 tular di Indonesia.
Pemain berusia 24 tahun itu turut merupakan pemain warisan baharu Indonesia sejak Oktober 2024, selain dia merupakan adik kepada arkitek tengah AC Milan, Tijjani Reijnders, dan mampu beraksi di posisi pertahanan dan bahagian sayap.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khabar angin yang bertiup kencang itu tular dan mendapat perhatian penyokong bola sepak negara jiran itu.
Untuk rekod, Eliano bergelut mendapatkan minit permainan bersama kelabnya dalam saingan Liga Eredivise ketika ini, dengan dia hanya beraksi dalam 17 perlawanan sahaja dan mengumpul 782 minit permainan. -- Stadium Astro
#Eliano Reijnders #Selangor FC #pemain warisan baharu Indonesia #perpindahan