awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium

Bernama
Bernama
17/07/2022
07:46 MYT
Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium
Peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dua pemanah kebangsaan, Khairul Anuar Mohamad dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli berisiko digugurkan daripada menyertai Program Podium tahun depan susulan prestasi kurang menyerlah pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.
Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) Datuk Abdul Hamid Hasan, bagaimanapun berkata peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini.
Justeru, Abdul Hamid berkata kedua-dua Olimpian negara itu perlu membuktikan prestasi mereka pada empat sirkit kebangsaan hingga akhir tahun ini dalam usaha untuk terus kekal dalam program kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) itu.
"MSN beri ruang kepada kita untuk tangguh dahulu atlet podium hingga hujung tahun ini dengan kita beri peluang kepada atlet dari seluruh negara yang benar-benar layak ke program berkenaan.
"Semua atlet ada peluang baharu iaitu kita beri ruang kepada mereka untuk bersama dalam pemilihan di sirkit kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN di sini hari ini.
Pada Sukan SEA di Hanoi, Khairul Anuar sekadar meraih perak dalam acara recurve bercampuran bersama Syaqiera Mashayikh selain merangkul dua gangsa bagi acara individu recurve serta acara recurve berpasukan lelaki bersama Muhamad Zarif.
Abdul Hamid berkata NAAM memberi minimum empat slot kepada MSN untuk dipertimbangkan menyertai Program Podium tahun depan, dengan senarai pemanah yang layak dijangka diketahui selewat-lewatnya awal tahun depan.
Dalam pada itu, beliau berkata lapan negara termasuk Malaysia telah memohon kepada penganjur Sukan SEA 2023 di Kemboja, untuk menyenaraikan sukan tersebut pada temasya berkenaan.
Sebelum ini, acara memanah tiada dalam senarai 39 sukan yang akan dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemanah negara
#program podium
#Khairul Anuar Mohamad
#Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan