Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 di GP Jerman

Astro Awani
Julai 17, 2016 10:06 MYT
Khairul Idham naik podium kali kedua selepas GP Argentina April lalu. - Foto AP
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Jerman.
Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Honda Asia itu bermula di petak ke-20 dan terus menggagahi trek perlumbaan yang basah sebelum menjarakkan diri daripada pesaingnya.

Khairul Idham Pawi #SuperKIP memenangi perlumbaan #Moto3 untuk kali ke-2 musim ini! Raja litar basah! pic.twitter.com/qv3KfzHAca

— Malaysian Cub Prix (@msiancubprix) July 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sewaktu tiba ke garis penamat, Khairul Idham meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan masa 11 saat.
Ini merupakan kali kedua beliau menaiki podium selepas Grand Prix Argentina April lalu.
Pada tahun lalu, anak ketiga dari empat adik-beradik berasal dari Perak itu terpaksa menangguhkan hasrat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) demi memberi tumpuan penuh kepada kerjaya dalam sukan pemotoran.

@honda_team_asia Moto3 Rain Maestro Khairul Idham Pawi #89 1st place Congrats..!!! pic.twitter.com/dU4bxWPJqy

— Anjas Asmara (@JABLAI46) July 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keputusan Perlumbaan
1. Khairul Idham Pawi (MAL/Honda) 47min 07.763sec, 2. Andrea Locatelli (ITA/KTM) at 11.131s, 3. Enea Bastianini (ITA/Honda) 13.359, 4. Jakub Kornfeil (CZE/Honda) 18.541, 5. Fabio Di Giannantonio (ITA/Honda) 20.620, 6. John McPhee (GBR/Peugeot) 20.698, 7. Jorge Navarro (ESP/Honda) 20.910, 8. Brad Binder (RSA/KTM) 23.333, 9. Jules Danilo (FRA/Honda) 30.318, 10. Francesco Bagnaia (ITA/Mahindra) 31.095
Kejuaraan Dunia Moto3
1. Brad Binder (RSA/KTM) 159 pts, 2. Jorge Navarro (ESP/Honda) 112, 3. Romano Fenati (ITA/KTM) 93, 4. Francesco Bagnaia (ITA/Mahindra) 85, 5. Nicolo Bulega (ITA/KTM) 75, 6. Enea Bastianini (ITA/Honda) 65, 7. Niccolo Antonelli (ITA/Honda) 63, 8. Fabio Di Giannantonio (ITA/Honda) 58, 9. Jakub Kornfeil (CZE/Honda) 58, 10. Khairul Idham Pawi (MAL/Honda) 54
#Grand Prix Jerman #Khairul Idham Pawi #Moto3 #pelumba negara