awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
26/04/2024
21:20 MYT
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi atlet muda Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu. - Gambar fail/FB Khairulnizam Mohd Afendy
KUALA LUMPUR: Pelayar berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi atlet muda, Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi laman X memaklumkan, atlet berusia 30 tahun itu menempah tiket ke temasya berprestij dunia itu selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki Single-Handed Dinghy di kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.
Khairulnizam merupakan atlet kesepuluh negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas Nur Shazrin, tiga pelumba berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Johnathan Wong (menembak).
Empat lagi atlet Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariani Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat).
Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 dan 2014 itu membuat penampilan sulung pada edisi 2012 di London, diikuti 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sebelum di Tokyo 2020.
Pada penampilannya di Olimpik Tokyo, Khairulnizam yang beraksi dalam acara laser menamatkan saingan di kedudukan ke-28 dari 35 peserta.
Aksinya di Rio menyaksikan beliau mengakhiri saingan di kedudukan ke-35 dari 46 peserta manakala pada Olimpik London 2012, beliau berada di tempat ke-47 daripada 49 peserta. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairulnizam Mohd Afendy
#pelayar
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Majlis Olimpik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan