Khairy antara 400 atlet lulus ujian doping Sukan SEA KL 2017

Astro Awani
Julai 4, 2017 01:48 MYT
Aksi Khairy Jamaluddin yang mewakili pasukan Jogo Polo ketika menyertai Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 menentang pasukan Amax Polo di Taman Ekuestrian Putrajaya. - Gambar fail / BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.
Perkara itu disahkan penolong pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar.
ADAMAS lega apabila program kesedaran yang dijalankan sejak tahun lalu mula membuahkan hasil.
Buktinya, tiada seorangpun atlet negara positif doping sejak Januari lalu termasuk mereka yang berstatus kenamaan seperti Khairy.
Pada Sukan SEA nanti, Khairy akan terlibat dalam acara sukan polo.
#ADAMAS #atlet negara #Khairy Jamaluddin #Nishel Kumar #Sukan SEA 2017 #ujian doping