Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya Sukan Komanwel 2022 selepas kejayaan negara menganjurkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.
Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membincangkan rancangan itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau berpendapat Malaysia perlu melihat kepada penganjuran temasya sukan yang lebih besar.
Walaupun sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menyatakan pendirian untuk tidak membuat bidaan, namun beliau ingin mengkaji semula perkara itu memandangkan Malaysia mampu menganjurkan sukan tersebut selepas kali pertama menganjurkannya pada 1998.
"Sukan Olimpik mungkin terlalu besar (menganjurkan) buat waktu ini dan Sukan Asia pula kosnya terlalu tinggi... manakala yang masih boleh dipertimbangkan adalah Sukan Komanwel," katanya pada sidang media mengenai program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di sini, hari ini.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan MOM bahawa Malaysia tidak akan membida penganjuran Sukan Komanwel 2022 walaupun tarikh bidaan dilanjutkan hingga 30 Nov ini.
Sukan Komanwel 2018 akan diadakan di Gold Coast, Austrlalia.
Ditanya mengenai pandangan segelintir bekas pemain kebangsaan bahawa kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negara disebabkan pemain bintang yang diambil kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya menghiasi bangku simpanan, Khairy berkata ia adalah pandangan pihak yang iri hati dengan pasukan itu.
Katanya, walaupun pemain bintang terbabit menjadi pemain simpanan, namun pemain JDT terdedah kepada perlawanan berprestij yang tidak ditandingi pasukan lain seperti Piala AFC.
"Adakah jika pasukan kebangsaan Sepanyol kalah, kita salahkan Barcelona atau Real Madrid? Sepatutnya kita harus menggalakkan lebih banyak kelab menjadi seperti JDT," katanya.
Khairy berkata peminat perlu memberi sokongan kepada pasukan negara dan tidak mengharapkan kejayaan yang terlalu pantas.
Semalam, bekas pemain kebangsaan era 70-an, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke skuad JDT.
Beliau mendakwa pemain tonggak negara yang begitu menyerlah sebelum menyertai skuad Harimau Selatan itu seakan hilang sentuhan apabila kembali beraksi bersama skuad negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
KBS bersedia kaji semula rancangan membida penganjuran temasya Sukan Komanwel 2022. - Foto fail Bernama.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.