awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Swee mahu Harimau Muda terus beraksi di Universiade

Astro Arena
Astro Arena
15/07/2015
00:00 MYT
Kim Swee mahu Harimau Muda terus beraksi di Universiade
Menurut Kim Swee, Harimau Muda wajar dikekalkan ke Sukan Universiti Dunia dua tahun akan datang sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea di Malaysia yang dijadual berlangsung pada September 2017.
Walaupun belum memutuskan masa depannya bersama Persatuan bola sepak malaysia (FAM), jurulatih, Datuk Ong Kim Swee berharap badan induk itu berusaha mengekalkan Harimau Muda ke Sukan Universiti Dunia Taiwan pada 2017.
Edisi kali ini, Skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal menepati ramalan untuk layak secara automatik ke Sukan Universiti Dunia Taiwan pada 2017 selepas menduduki tempat ke 15 daripada 16 pasukan bertanding.
Walau bagaimanapun, peluang untuk Harimau Muda ataupun Skuad Muda dari Institusi Pengajian Tinggi beraksi di Taiwan masih ada jika tuan rumah 2017 memberi salah satu daripada tiga tiket wildcard.
Menurut Kim Swee, Harimau Muda wajar dikekalkan ke Sukan Universiti Dunia dua tahun akan datang sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea di Malaysia yang dijadual berlangsung pada September 2017.
Sementara itu, Kim Swee turut menegaskan FAM dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu mengadakan perbincangan lebih awal dalam memutuskan samada harimau muda atau skuad dari Institusi Pengajian Tinggi layak ke Sukan Universiti Dunia.
Untuk rekod sejak skuad bola sepak negara menyertai Sukan Universiti Dunia secara automatik pada 2009, skuad ini berjaya berada dalam kelompok 12 terbaik namun edisi kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah.
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#Sukan Universiti Dunia
#universiade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan