MELAKA: Keserasian tiga import baharu Sabah FC yang diikat awal Januari lepas, bakal diuji dalam tiga perlawanan persahabatan yang berlangsung di Thailand, bermula 3 Februari depan.
Ketua jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.
"Tiga perlawanan ini cukup penting, untuk memastikan kita mendapat rentak terutamanya dengan kehadiran ramai pemain baharu bersama pasukan Sabah FC.
"Jadi saya berharap dengan latihan yang diadakan di Thailand ini, akan mampu membentuk satu kombinasi yang baik sebelum berlangsung perlawanan lain," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya di sini hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Sabah FC sebelum ini telah mengikat tiga pemain import baharu iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; dan bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku.
Kehadiran tiga pemain import itu sekali gus memperkuatkan skuad badak, yang secara keseluruhan kini mempunyai lima pemain import termasuk Saddil Ramdani dan Park Taesu yang telah disambung kontrak.
Sementara itu pengendali berusia 52 tahun itu, mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk memantapkan prestasi pemain kendaliannya, meskipun telah menjalani latihan selama tiga minggu.
"Secara asasnya kita memerlukan tiga hingga lapan minggu latihan, untuk memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang cukup tinggi.
"Jadi kita berharap pemain dapat meneruskan latihan kerana setiap pemain dalam Sabah FC adalah penting memandangkan tahun ini kita mempunyai banyak perlawanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: Mencari Hilal Ramadan
Temu bual bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H. #AWANInews #AgendaAWANI #InspirasiRamadan #BukalahHati

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah mahu tambah pemain import lagi
Beliau akan berbincang dengan pengurusan Sabah FC memohon kelulusan menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

Kim Swee uji kemampuan tiga import baharu di Thailand
Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

Barisan pemain Sabah FC ditambah baik hadapi Piala AFC
Semua pemain Sabah FC akan dinilai semula sebelum senarai akhir skuad itu dibuat untuk menghadapi saingan musim hadapan, termasuk Liga Malaysia dan Piala AFC.

Sabah FC sambar tiket ke pentas Asia
Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan.

Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023
Sekiranya juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kelab yang sama, slot kedua Piala AFC diberi kepada pasukan ketiga Liga Super.

Liga Super: Sabah FC hilang tiga tonggak menjelang aksi penting lawan JDT
Sabah FC berisiko terlepas slot ke Piala AFC musim depan seandainya dipintas oleh Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC.

Bola sepak negara hilang 'pakar' dengan pemergian Ismail Zakaria
Ismail adalah seorang jurulatih dikenali kerana kemahiran tinggi yang dimiliki dalam aspek teknikal berbanding sentuhan dan magisnya ketika membimbing pasukan.

'Jangan kacau Pan-gon'
Tindakan itu disifatkan akan mengganggu persiapan skuad senior negara menjelang Pusingan Akhir Piala Asia tahun depan.