Anugerah Olahragawan Kebangsaan yang digondolnya buat kali keempat Selasa malam merupakan tuah hasil kehadiran cahaya mata sulungnya, Kingston Lee, kata pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.
Beliau berkata kehadiran Kingston Lee yang dilahirkan pada 12 April lepas juga memberikannya semangat untuk terus bergiat aktif dan berjaya dalam setiap perlawanan yang disertainya.
"Tuah betul-betul menyebelahi saya ketika ini. Sebaik saja mendapat cahaya mata, saya dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Sukan Negara 2012 di Petaling Jaya.
Pemain nombor satu dunia ini berharap kehadiran Kingston Lee akan memberikan tuah kepadanya untuk menjuarai kejohanan Badminton Dunia pula.
"Memang menjadi mimpi dan keinginan saya untuk mara ke peringkat akhir kejohanan Badminton Dunia tahun ini. Saya harap tuah kehadiran anak saya akan terus menyebelahi saya lagi," katanya.
Kejayaan terbesarnya sehingga layak menerima anugerah tersebut ialah merangkul pingat perak pada temasya Olimpik 2012.
Tahun lalu beliau juga menggondol anugerah yang sama juga pada tahun 2005 dan 2008.
Chong Wei berharap dapat menunjukkan mutu persembahan yang lebih baik tahun ini agar terus menjadi Olahragawan Kebangsaan, menyaingi pencapaian empat kali Rashid Sidek, yang kini menjadi ketua jurulatih kebangsaan.
Sementara itu, ratu terjun negara Pandelela Rinong pula dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan 2012, yang juga dimenanginya tahun lalu.
Beliau meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2012.
Bernama
Wed Apr 17 2013
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kingston Lee bawa tuah- Chong Wei
Anugerah Olahragawan Kebangsaan yang digondolnya buat kali keempat merupakan tuah hasil kehadiran cahaya mata sulungnya, Kingston Lee, kata pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.
Kingston Lee permata baru Lee Chong Wei
Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kini bergelar bapa apabila dikurniakan anak lelaki yang lahir pada hari ini.