Kita juara! Stadium Nasional Bukit Jalil dinobat Stadium Terbaik Dunia 2018

Zaim Ibrahim
Mei 25, 2018 10:31 MYT
Pada tahun 2017, stadium dengan kapasiti sebanyak 87,411 itu melalui proses pengubahsuaian untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEA. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Stadium yang sering menjadi kebanggaan negara, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018.
Stadium yang turut menjadi tuan rumah pelbagai kejohanan dan konsert bertaraf dunia itu mengalahkan tiga buah stadium ternama lain iaitu U Arena, Stade de France, dan Nouveau Stade de Bordeaux, ketiga-tiganya terletak di Perancis.
Stadium U Arena merupakan stadium bagi sukan ragbi manakala Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux pula sering menjadi tuan rumah bagi pelbagai perlawanan bola sepak di Eropah.
“Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Stadium Nasional telah memenangi Anugerah Stadium Terbaik Dunia yang diumumkan di Amsterdam Arena.
“Satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.

National Stadium KL Sports City is the Stadium of the Year! World Stadium Congress Awards 2018.https://t.co/Frb2QLFepb pic.twitter.com/17N6QgLFYW

— Man Olimpik (@ManOlimpik) May 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada tahun 2017, stadium dengan kapasiti sebanyak 87,411 itu melalui proses pengubahsuaian untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEA.
Selain daripada sukan bola sepak, olahraga, dan terbaru ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah Tayangan Perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan.
Stadium ini mula dibina pada 1 Januari 1995 dan digunakan secara rasmi pada Sukan Komanwel 1998 yang menyaksikan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu.
#bola sepak #Bukit Jalil #KL Sports City #Kongres Stadium Dunia #Kuala Lumpur 2017 #olahraga #Ragbi #SNBJ #Stadium Nasional #sukan #tuan rumah