KUALA LUMPUR: Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC Tan Sri Annuar Musa yakin dengan kemampuan barisan pemain skuad The City Boys yang bakal berentap dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata JDT adalah pasukan yang serba lengkap dan berada dalam kelas tersendiri, namun pemain KL City FC mampu memberikan tentangan jika berjaya mengekalkan momentum cemerlang seperti pada aksi sebelum ini.
"Permainan malam ini satu yang bersejarah dan KL City FC tentu rasa terhormat untuk menjadi pasukan yang beraksi pada ulang tahun ke-100 pertandingan Piala Malaysia.
"Nasihat saya kepada pemain supaya mereka tidak perlu rasa tertekan, mereka perlu tenang dan mengekalkan tempo mereka yang biasa dan saya tahu mereka mempunyai kualiti tersendiri," katanya pada sidang media selepas sesi amanat dan ramah mesra bersama pasukan di sini, pada Isnin.
Pada masa sama, Annuar berkata tiada magis dalam kejayaan bersejarah KL City FC melayakkan diri ke final pertandingan berprestij itu, sebaliknya prestasi terkini pasukan adalah hasil penambahbaikan yang dibuat secara teliti dan berperingkat.
"Sejak saya ambil alih bersama Bojan (Hodak) saya dapat lihat prestasi KL City FC meningkat secara beransur-ansur. Kita buat secara berperingkat dan segalanya diuruskan secara profesional. Saya tak campur soal pengurusan atau syarikat, cuma memberi nasihat berdasarkan pengalaman saya," katanya.
Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan pertama KL City FC dan JDT di pentas akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan melalui penswastaan kelab, namun Johor FA pernah menewaskan Kuala Lumpur FA untuk memenangi Piala Malaysia pada 1985.
JDT muncul juara Piala Malaysia sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013, manakala ini perlawanan akhir pertama buat KL City FC yang ditubuhkan tahun lepas.
Kuala Lumpur FA pernah mencipta kejuaraan hatrik Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989 dengan ketiga-tiganya menumpaskan Kedah.
Sementara itu, Annuar menyeru penyokong kedua-dua pasukan yang hadir menyaksikan perlawanan akhir di stadium dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Ini kali pertama sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) perhimpunan 20,000 orang dalam satu venue dibenarkan. Kalau kita dapat tunjukkan kepatuhan, maka perlawanan dan pertandingan akan datang mungkin boleh dipertimbangkan.
"Jadi saya harap tidak ada berlaku kluster (Covid-19) tercetus kerana final Piala Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Annuar menyeru penyokong kedua-dua pasukan yang hadir menyaksikan perlawanan akhir di stadium dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Foto BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.