KL City lebur kemarau 10 tahun di Stadium Darulmakmur

Astro Arena
Ogos 21, 2021 00:01 MYT
Gawang Tok Gajah yang dikemudi Daniel Wafiuddin dirobek akibat kesilapan pertahanan, Herold Goulon. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City meraih kemenangan kedua berturut-turut Liga Super buat julung kalinya musim ini dengan menundukkan Sri Pahang 2-0, semalam.
Biarpun skuad kendalian Bojan Hodak itu tempang ekoran krisis kecederaan di bahagian serangan dalam kunjungan ke Stadium Darulmakmur berkenaan, ia tidak menghalang mereka untuk mengutip mata penuh di Kuantan dalam tempoh 10 tahun selepas mengalahkan Petaling Jaya (PJ) City, Sabtu lalu.
Di sebalik aksi seimbang dalam separuh masa pertama, namun tuan rumah lebih kerap dipaksa mengekang asakan lawan.
Kerja keras itu akhirnya membutirkan gol ketika babak kedua baru berusia empat minit.
Gawang Tok Gajah yang dikemudi Daniel Wafiuddin dirobek akibat kesilapan pertahanan, Herold Goulon, di dalam kotak penalti yang disudahkan sendiri oleh Romel Morales.
Pemain kelahiran Colombia itu menjadi arkitek kepada larian J. Partiban di sebelah sayap kiri yang kemudiannya diterjemahkan dengan baik oleh Zhafri Yahya yang mudah menolak kemas umpanan leret pada minit ke-70.
KEPUTUSAN LAIN:
Liga Perdana
Selangor II 1 Johor Darul Ta'zim II 1
Sumber Facebook malaysianfootballleague
#bola sepak #KL City #Liga Super #Sri Pahang #Bojan Hodak