SUKAN
KL Rangers: Penaja lihat rekod, bukan kedudukan sebagai menteri - Nik Nazmi
Nik Nazmi yang juga penaung kelab bola sepak Kuala Lumpur Rangers yakin terhadap komitmen penaja sedia ada untuk terus menyokong kelab tersebut susulan pengunduran diri dalam Kabinet. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga penaung kelab bola sepak Kuala Lumpur Rangers yakin terhadap komitmen penaja sedia ada untuk terus menyokong kelab tersebut susulan pengunduran diri daripada Kabinet berkuat kuasa 4 Julai ini.
Ringkasan AI
Beliau menjawab soalan pemberita sama ada pengunduran beliau sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan menjejaskan sokongan penaja terhadap kelab bola sepak itu selepas ini.
"Saya tak percaya, saya yakin, orang dapat lihat track record kelab ini yang bermula sebagai Setiawangsa Rangers pada tahun 2018, waktu itu saya Ahli Parlimen biasa, Ahli Parlimen kerajaan biasa, kemudian saya jadi Ahli Parlimen pembangkang, kemudian saya jadi menteri, tidak lama lagi tidak akan jadi menteri.
"Itu bagi saya, kerjaya saya secara peribadi, saya tidak nafikan ada orang akan pandang juga. Tetapi saya yakin orang lihat ini sebagai satu kelab bola sepak yang ada kekuatan tersendiri," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian jersi Kuala Lumpur Rangers (KLR) di Taman Eko Rimba, di sini.
Beliau juga mahu KL Rangers dilihat sebagai peluang pemasaran yang mana syarikat-syarikat bertindak sebagai penaja mempunyai pulangan pelaburan.
Sementara itu, beliau juga melihat berkemungkinan mempunyai lebih banyak masa untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan kelab bola sepak itu selepas ini.
"Kita dah tidak berminat untuk CSR semata-mata, kita nak lihat KL Rangers ini sebagai satu perniagaan, satu peluang pemasaran, satu rakan kongsi untuk syarikat-syarikat tertentu membuat program di peringkat akar umbi, maknanya bukan dia bagi duit habis macam itu, ada ROI dia bila dia terlibat di dalam KL Rangers.
"Itu tiada kaitan menteri atau tidak menteri, that is what we working towards. Saya yakin rakan-rakan penaja yang dah ada dari dulu, jadi kita akan work on that. Mungkin saya ada banyak lagi masa untuk terlibat secara langsung dan pantau lebih dekat daripada hanya berada sebagai penaung," katanya.
Ringkasan AI
- Keyakinan terhadap penaja: Nik Nazmi yakin pengunduran beliau daripada Kabinet tidak akan menjejaskan sokongan penaja terhadap KL Rangers kerana kelab itu mempunyai rekod dan kekuatan tersendiri.
- KL Rangers sebagai peluang perniagaan: Beliau mahu kelab itu dilihat sebagai platform pemasaran dengan pulangan pelaburan (ROI), bukan sekadar projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).
- Peranan lebih aktif: Selepas tidak lagi menjadi menteri, beliau menjangkakan dapat melibatkan diri secara lebih langsung dalam pengurusan KL Rangers.