Pencapaian cemerlang atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan menjadi penanda aras untuk persediaan menghadapi Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia di Indonesia, tahun depan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata temasya sukan edisi ke-29 kali ini merupakan platform pertama bagi atlet muda membuktikan kemampuan mereka bagi dipilih untuk kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
"Selepas Sukan SEA ini, ada program-program tertentu untuk membantu mereka dalam meningkatkan prestasi masing-masing seperti Program Podium," katanya dalam sidang media mengenai rumusan prestasi kontinjen Malaysia pada KL2017 di Pusat Media Utama di MiTEC, di sini hari ini.
Menurut beliau, pencapaian di sini secara tidak lansung menunjukkan bahawa Malaysia tidak ketandusan atlet pelapis apabila 261 darripada 844 atlet negara berusia bawah 21 tahun.
Pencapaian Khairul Hafiz Jantan dan Grace Wong dalam sukan olahraga umpamanya, menunjukkan program-program pembangunan sukan yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil positif.
Mengenai prestasi keseluruhan kontinjen negara pada temasya kali ini, Ahmad Shapawi berkata ia adalah pencapaian terbaik negara dalam sejarah penyertaan di temasya dwitahunan itu dengan muncul juara keseluruhan dengan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
Sebanyak 18 rekod Sukan SEA berjaya dicipta oleh atlet negara menerusi memanah (lima), olahraga (empat), menembak (enam) dan renang (tiga) selain lapan rekod kebangsaan menerusi olahraga (enam) dan renang (satu).
"Semangat yang dipamerkan p;eh atlet semasa menjadi tuan rumah ini amat berlainan. Kebanyakkan atlet lebih bersemangat dengan sokongan penyokong di gelanggang sendiri. Kombinasi atlet senior dan atlet pelapis telah menghasilkan kejayaan kepada kontinjen negara," katanya.
Untuk temasya Sukan SEA 2019 di Filipina, Ahmad Shapawi berkata MSN perlu melihat kepada strategi terbaik dalam menilai kembali keberkesanan program pembangunan atlet secara keseluruhan dan juga komposisi jenis sukan yang akan dipertandingkan oleh tuan rumah temasya itu.
Sementara itu Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Marina Chin pula melahirkan rasa bangga dengan pencapaian kontinjen negara sebagai juara keseluruhan buat kali kedua selepas edisi 2001, juga di Kuala Lumpur.
"Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen semua atlet dan juga jurulatih serta pegawai untuk menjayakan Sukan SEA kali ini. Ia merupakan satu perjalanan yang menarik kepada saya dan saya merasa sangat bertuah bekerja dengan kontinjen yang hebat ini, "katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017
Atlet negara, Rayzam Shah Wan Sofian meraikan kemenangan meraih emas acara akhir 110 Meter Berpagar Lelaki Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. pada 26 Ogos lalu. - Gambar fsail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.