Episod duka Sukan SEA 2001 di venua sama berulang lagi apabila Malaysia gagal meraih pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada final di Stadium Shah Alam, malam ini.
Lebih pahit, gol tunggal itu hadir pada minit ke-39 apabila penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli melakukan kesilapan tertumbuk bola sepakan penjuru Sasalak Haiprakhon ke gawang sendiri.
Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia gagal menamatkan penantian 28 tahun merangkul ibu segala pingat itu selaku tuan rumah selepas kali terakhir dikalungkan pingat emas di hadapan penyokong sendiri pada 1989.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee gagal menebus kekecewaan temasya sama pada tahun 2001 apabila Sarawut Treepan menjaringkan gol pada minit ke-87 untuk membantu Thailand merangkul emas di stadium yang sama.
Beraksi di hadapan hampir 80,000 penonton dan dalam keadaan hujan, skuad negara bawah 22 tahun (b-22) itu memulakan permainan dengan bergaya apabila berjaya memperoleh sepakan penjuru pertama seawal minit pertama apabila gerakan menarik penyerang, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew berjaya dipatahkan pertahanan Thailand.
Empat minit berselang, Thailand mula menemui rentak permainan untuk melancarkan serangan berbahaya ke dalam kawasan kotak penalti negara sebelum ketua pasukan Chenrop Samphaodi dijatuhkan namun pengadil perlawanan meneruskan permainan.
Thailand hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Phicha Au-Tra yang berjaya membuat tandukan tepat ke arah gawang negara, namun ketangkasan Muhammad Haziq menumbuk bola keluar berjaya menyelamatkan gawang negara.
Seminit kemudian, giliran pemain pertahanan Muhammad Irfan Zakaria muncul penyelamat selepas berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol yang membawa kepada gerakan solo menarik Muhamad Nor Azam Abdul Azih sebelum pemain Pahang itu melepaskan rembatan, namun sedikit tinggi melewati palang gol.
Bersambung babak kedua, Thailand dilihat lebih menguasai permainan dengan menggandakan asakan dalam usaha memburu gol kedua, namun gandingan mantap ketua pasukan Muhammad Adib Zainudin dan Adam Nor Azlin di bahagian pertahanan berjaya mengekang asakan Thailand.
Memasuki 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain gantian dilihat memberi sedikit nafas baharu kepada barisan jentera serangan negara antaranya Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang ternyata berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan Thailand.
Menghampiri minit ke-90, serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan tidak menjelma dan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Bernama
Wed Aug 30 2017
Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia gagal menamatkan penantian 28 tahun merangkul ibu segala pingat itu selaku tuan rumah selepas kali terakhir dikalungkan pingat emas di hadapan penyokong sendiri pada 1989. -Astro AWANI/Shahir Omar
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.