[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
SUKAN

KL2017: Skuad Ong Kim Swee atasi Singapura

Astro Awani 16/08/2017 | 14:39 MYT
Malaysia menjaringkan gol menerusi Nor Azam Azih dan N.Thanabalan. - FOTO/Facebook FAM
Skuad bola sepak lelaki negara mencatatkan kemenangan kedua dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menundukkan Singapura 2-1.

Singapura mendahului pada minit ke-38 pada separuh masa pertama hasil jaringan Amiruldin Nodin.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Malaysia terus mengasak ke kubu lawan dan memperolehi gol penyamaan hasil jaringan Nor Azam Azih pada minit ke- 68.

N. Thabalan memastikan kemenangan 2-1 berpihak kepada malaysia selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke- 74, sekaligus menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Malaysia akan bertemu Myanmar untuk melengkapkan perlawanan kumpulan A.
#bola sepak #KL2017 #Malaysia #Singapura