awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2023
01:10 MYT
Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan
Klinsmann merupakan sebahagian daripada anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996. - Gambar fail REUTERS
LEGENDA Jerman, Jurgen Klinsmann dilantik sebagai pengendali baharu Korea Selatan, umum persekutuan bola sepak negara itu pada Isnin.
“Saya sangat gembira dan berbesar hati menjadi pengurus pasukan bola sepak Korea. Kami sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Korea telah lama berkembang.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membawa keputusan positif dalam Piala Asia akan datang dan Piala Dunia 2026,” kata Klinsmann dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, pengendali berusia 58 tahun itu bersetuju dengan perjanjian selama tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.
Klinsmann sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus untuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, kelab Bundesliga Bayern Munich dan Hertha Berlin.
Sementara karier, Klinsmann membuat penampilan untuk beberapa kelab Eropah, termasuk Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Bayern Munich.
Klinsmann juga sebahagian daripada anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jurgen Klinsmann
#jurulatih
#Korea Selatan
#Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan