Klopp hilang orang kanan

Ian Johan Ariff
April 30, 2018 09:36 MYT
Zeljko Buvac (kiri) berpisah dengan Jurgen Klopp selepas 17 tahun berkhidmat bersama-sama pengendali Jerman itu.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kehilangan pembantunya, Zeljko Buvac sehingga musim ini tamat.
Liverpool menegaskan orang kanan Klopp itu masih bekerja untuk Liverpool namun direhatkan untuk baki kempen musim ini atas sebab-sebab peribadi.
Menurut kenyataan kelab itu lagi, apa yang berlaku adalah isu peribadi dan tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menghormati keputusan Buvac.
Buvac kali terakhir berkhidmat untuk Klopp semasa perlawanan menentang Stoke City Sabtu lepas yang menyaksikan the Reds diikat seri tanpa jaringan di Anfield.
Disebalik kenyataan Liverpool itu, Buvac menerusi akaun Twitter miliknya, mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelab itu selain menyatakan sudah tiba masa untuknya mencari angin baru.

Good luck to Liverpool players and fans I had good times but the time has come for a new chapter

— ljko Buvač (@Zeljko_Buvac) April 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara ini jelas sekali sedikit sebanyak menganggu persediaan kelab itu mengharungi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma di Rom, Rabu ini.
Buvac merupakan orang kuat Klopp yang sudah berkhidmat bersama selama 17 tahun, termasuk beraksi bersama pengendali Jerman itu semasa menjadi pemain Mainz pada awal 90-an.
Dia kemudian menerima tawaran untuk menjadi pembantu Klopp pada 2001 semasa di Mainz 05.
Namun laporan akhbar UK, Daily Record menyebut Buvac membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool selepas wujud perselisihan faham dengan Klopp.
#AS Roma #Daily Record #jurgen klopp #Liverpool #Mainz #Stoke City #The Reds #Zeljko Buvac