awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN

Bernama
Bernama
29/02/2024
20:30 MYT
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN
Ahmad Faedzal berkata, ISN mempunyai peranan tersendiri apabila bertindak sebagai pihak yang memberi kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam.
KUALA LUMPUR: Pengenalan Kod Sukan Selamat pada 15 Mac tahun lepas mewujudkan ekosistem sukan sihat selepas tiada lagi isu membabitkan persekitaran sukan akan disembunyikan 'bawah karpet', menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli.
Ahmad Faedzal berkata, ISN mempunyai peranan tersendiri apabila bertindak sebagai pihak yang memberi kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam seperti seminar atau ceramah yang dijalankan secara berkala.
"Itulah kita mahu iaitu tiada lagi penetapan minda dalam ekosistem untuk disembunyikan bawah karpet ataupun tidak dilaporkan. Kita nak ekosistem sedar ini merupakan kumpulan kita perlu jaga dan tidak ditindas...akan muncul orang membuat aduan jadi kena bersedia kerana akan diketengahkan pemegang taruh ataupun media," katanya.
Beliau berkata demikian selepas seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di ISN di Bukit Jalil, di sini, pada Khamis.
Kod Sukan Selamat merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kod sukan selamat
#ekosistem sukan
#Ahmad Faedzal Md Ramli
#ISN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan