CORNELLA 0 BARCELONA 2
Pengurus Barcelona, Ronald Koeman, berang pasukannya gagal memandaatkan dua sepakan dalam kemenangan Copa del Rey ke atas Cornella, awal pagi tadi.
Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B itu menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite.
Penjaga gol Cornella, Ramon Juan, mempamerkan aksi tangkas untuk mematahkan tujuh percubaan lawan termasuk dua sepakan penalti daripada Miralem Pjanic dalam separuh pertama disusuli Dembele dalam babak kedua.
Peluang yang dibazirkan itu memaksa Barca memerlukan masa tambahan ketiga berturut-turut untuk mengesahkan kemaraan -- selepas dua kali seri dalam Supercopa de Espana -- buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.
Barca kini gagal menyempurnakan lima daripada lapan tendangan penalti terakhir mereka dan empat daripadanya berlaku secara berturut-turut, lantas Koeman mengecam situasi itu yang dianggapnya tidak sesuai dengan kelab besar berkenaan.
"Perkara paling penting adalah kemaraan tetapi kami tidak boleh gembira hanya kerana kami menjaringkan gol," katanya.
"Kami gagal dalam dua sepakan penalti dan kami perlu memikul tanggungjawab lebih banyak dalam jenis perlawanan ini.
"Sekali lagi, kami terpaksa beraksi 120 minit, ini adalah topik utama kerana kami diheret untuk menempuhi tiga perlawanan (seperti ini). Kami mencipta peluang dan beroleh dua sepakan penalti, mustahil ia boleh gagal.
"Saya tidak boleh mengeluh tentang usaha pemain tetapi ia permainan ini bukan setakat berlari, sebaliknya kebolehan menciptakan ruang dan menjadi efektif. Sungguh sukar hari ini. Ia sama sekali tidak boleh dan tidak dapat diterima.
"Kami sepatutnya memenangi perlawanan lebih awal. Kami gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, kami mencipta peluang. Tidak mungkin pasukan seperti Barca gagal sebegitu banyak.
"Saya juga tidak memahaminya kerana biasanya kami mempunyai pemain mampu mengambil peranan itu. Ini mungkin menakutkan.
"Saya benar-benar tidak tahu mengapa kami gagal menyudahkan begitu banyak sepakan penalti. Kami tidak boleh gagal dalam dua sepakan penalti kerana adalah barisan pemain Barcelona. Ini jelas tidak diambil serius. "
Astro Arena
Fri Jan 22 2021

Ousmane Dembele (kiri) berebut bola dengan Agus Medina ketika perlawanan Copa del Rey pusingan 32 antara Cornella dan FC Barcelona di Stadium Nou Municipal, Cornella, Sepanyol, 21 Jan, 2021. (Foto AP)

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Pembatalan Notis Perkapalan Malaysia 19/2020 cetus kegusaran komuniti perkapalan tempatan
MSN 19/2020 menggariskan larangan kepada kapal atau bot berbendera asing beroperasi atau menjalankan perkhidmatan marin di semua pelabuhan di Malaysia.

AWANI Ringkas: Keberkesanan vaksin Johnson & Johnson | Kes Covid-19 global terus bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Yusry, Lisa bakal timang cahaya mata ketiga
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.49 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 503 ribu kes.

Pasaran AS | Saham di Bursa AS meningkat pada Rabu
Saham di Bursa Amerika meningkat dalam dagangan Rabu dengan indeks Dow Jones capai tahap tertinggi. Dalam masa yang sama, jualan saham syarikat teknologi memperlahan dan pelabur turut meningkatkan pegangan mereka dalam saham berkaitan pemulihan.

Vaksin | Lebih setengah juta daftar melalui MySejahtera
Seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera. Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Badminton Campuran | Beregu harapan tidak sabar gegar Brimingham
Impian yang tersemat sejak 11 tahun lalu akhirnya terlaksana. Beregu harapan, Hoo Pang Ron bersama Cheah Yee See sudah tidak sabar untuk gegar bumi Birmingham. Buat julung kalinya, mereka akan ke Kejohanan All England bulan depan.

Lukaku jaringkan gol ke-300 sepanjang karier
Lukaku kini telah menjaringkan 56 gol buat Inter dalam kesemua kejohanan sejak menyertai pasukan itu daripada Manchester United pada Ogos 2019.

VAR perlukan kopi, mereka mesti tertidur - Solskjaer
Pengadil Craig Pawson memberikan United sepakan penalti pada minit kedua selepas Semi Anjayi menolak Harry Maguire.

EPL: Pasukan kedua tercorot nafi kemenangan Manchester United
Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu gah turun dengan rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam 19 perlawanan, malam tadi, namun sekali lagi berputih mata.

Koeman hilang sabar Barcelona kerap gagal sepak penalti
Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B itu menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Klopp anggap tidak dapat penalti, Alexander-Arnold punca kekalahan kepada Southampton
Jaringan tunggal daripada bekas penyerang The Reds, Danny Ings, pada minit kedua sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 skuad The Saints itu di Stadium St Marry.

Mbappe pecah rekod Messi dalam UCL
Mbappe menjadikan kedudukan 3-0 daripada sepakan penalti selepas Nyemar dijatuhkan, sekali gus menamatkan penantian golnya dalam UCL sejak 11 Disember tahun lalu.

Chelsea wajar raih penalti ketika bertemu United - Lampard
Lampard ingin melihat keputusan yang diambil pengadil lebih tepat kerana Liga Perdana menggunakan tafsiran berbeza mengenai peraturan bola terkena tangan bagi saingan Liga Juara-Juara.

EPL: Sepakan penalti Aubameyang beri kemenangan buat Arsenal di Old Trafford
Kemenangan Arsenal ke atas Manchester United ini merupakan kemenangan pertamanya sejak 2006.

Keputusan pengadil cetus kemarahan Tottenham
Insiden terbaru itu menguatkan lagi hujah beberapa pengurus yang menganggap situasi berkenaan akan merosakkan nilai permainan.