awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM

Bernama
Bernama
03/10/2021
15:39 MYT
Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
Satu kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona yang kini menduduki tangga ke-53 dunia itu tersebar di media sosial, ketika pemain itu berhadapan pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi, pada perlawanan kedua semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara S.Kisona, ketika menentang Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman semalam, merupakan sesuatu yang keterlaluan.
BAM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan sebagai badan induk badminton negara, mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi dan mengecam kenyataan yang telah dikeluarkan itu, selain akan sentiasa menyokong semua pemain negara.
"Kenyataan seperti itu adalah sesuatu yang tidak wajar, dan kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan yang tidak masuk akal itu.
"BAM akan terus berjuang menghapuskan unsur perkauman dalam sukan, terutamanya dalam badminton. Kami akan terus menyokong kesemua inisiatif yang menyokong pembangunan negara yang progresif dan inklusif," menurut BAM dalam kenyataan tersebut.
Satu kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona yang kini menduduki tangga ke-53 dunia itu tersebar di media sosial, ketika pemain itu berhadapan pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi, pada perlawanan kedua semalam.
Malaysia tewas 1-3 kepada Jepun, dengan Kisona mudah ditewaskan Yamaguchi 21-7, 21-5 dalam masa 26 minit.
Walaupun terkeluar daripada kejohanan berlangsung di Vantaa, Finland itu, pasukan muda negara telah melepasi sasaran awal yang ditetapkan BAM, iaitu layak ke suku akhir.
Malaysia akan meneruskan cabaran mereka pada Piala Thomas dan Piala Uber 2021, yang dijadualkan bermula 9 hingga 17 Okt di Aarhus, Denmark.
Piala Thomas menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Kanada, manakala bagi Piala Uber dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#S Kisona
#perkauman
#Piala Sudirman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan